Friday, October 8, 2010

mengapa perlukan parti untuk memperjuangkan islam

didalam beragama, kita kena berjemaah... didalam islam kita kena bersatu..tapi bukan bersatu dengan orang yang meninggalkan perintah Allah... .maksud aku... tidak bersama dengan orang yang umno... itu penting... sebab, mereka sedang nyata menolak hukum Allah...


nak buat hukum islam, berjemaah sangat penting... hukum islam ini perlukan sokongan... perlukan permaufakatan... kita bukan buat cokodok, boleh buat sorang2 kat umah... kita buat nak undang2 negara... kita nak letakkan hukum Allah ini, diletakkan pada tempatnya... ia bukan perkara mudah... perlukan sokongan ramai pihak... walhal nak buat sebuah rumah pun, kita perlu berjemaah, tak boleh buat sorang2...

nak tegakkan hukum Allah, bukan perkara mudah..banyak cabaran, banyak ujian.. mesti ada fitnah... nabi yang maksum pun, penuh dengan fitnah... orang tuduh baginda ahli sihir,gila pangkat, gila perempaun,jahat,penipu... .nabi yang baik dan orang kenal baginda sejak kecil tidak pernah menipu , pun menjadi mangsa fitnah orang, apatah lagi parti PAS... .nik aziz yang begitu baik pun, orang pandang serong, orang tuduh dia pembelit agama, padahal bukan orang tak tahu, watak dia, seorang yang warak, pengajar sekolah pondok, seorang ustad.. ini semua ujian... .Allah uji orang beriman... .

ini ujian Allah terhadap orang beriman... .

sayang Allah kepada hambaNya, Allah uji hambaNya... .berapa ramai nabi nabi yang dilantik oleh Allah, semuanya diuji olehNYa... begitu juga dengan orang yang beriman... .


hukum hudud, adalah hukum Allah.. jika kita berihtikat bahwa hukum hudud ini tidak sesuai... sama lah kita rasa Allah itu bersifat LEMAH... .apabila kita merasa Allah bersifat lemah... memang tiada syurgalah untuk kita... .cuba anda bayangkan, mereka yang diluar sana, yang telah mati, berihtikat bahwa Allah itu lemah... apa nasib mereka di akhirat...

cuba anda lihat, siapa kah mereka yang cuba menukar ihtikat mereka ini... supaya mereka yakin dengan hukum hudud, yakin dengan Allah... siapa? parti PAs... dan cuba lihat, siapa yang membuatkan umat islam ragu dengan Hukum hudud, ragu dengan hukum Allah..siapa? UMNO... .

parti ini platform je aiman...platfom dimana, ia legal dari segi undang2... .

kita nak bersama, berbincang, dan nak mengubal undang, mengikut perkara yang dibenarkan... .melalui parti je aiman

kalu tidak, asal sahaja perhimpuan, polis akan tangkap... asal sahaja perbincangan polis halang... polis akan lebel perhimpuan haram ...

kita nak sebarkan maklumat, berkenaan dengan HUKUM ALLAH, supaya orang bersama sama memperjuangkan hukum Allah... tiada jalan lain yang legal melainkan ianya berdaftar sebagai sebuah parti... .

nak memartabatkan hukum Allah ini susah... bagaimana nak tegakkan hukum Allah, tanpa saluran yang betul... .

jadi kena faham perjuangan Allah ini fleksibel... kerana itulah anda kena tahu, kenapa nak perjuangkan hukum ALlah kena masuk pas...

kalu anda rasa ada cara lain... buat lah... cuba fikirkan cara selian parti... .. cuba anda buat perhimpuanan, kemudian anda cerita tentang hukum Allah pada tempat awam, tanpa permit, tanpa saluran yang betul, tanpa pertubuhan kelab, tanpa pertubuhan persatuan... BOLEH... mana mungkin kann...



nak memperjuangkan hukum Allah... macam2 cara telah dilaksanakan oleh parti islam ini... ..
ceramah didalam masjid,surau, stadium, padang ,akhbar, persatuan, dewan,internet, forum, blog,telekumunikasi..segala sudut penjuru, semua kita dah buat... .ahli jemaah islamiah, dah melaksana tugas mereka hanya untuk menarik golongan agar paham, perjuangan islam bukan mudah... nak martabatkan hukum Allah,perlu bersatu,perlu sokongan dan yang penting, perlu legal, dan mengikut peraturan..baru perjuangan islam itu lancar, tanpa perlu pertumpahan darah, tanpa perlu kecoh, tanpa perlu huru hara... ... .

maka aku nak sebut balik... parti ini hanya platfom... dan ia telah diwajibkan oleh perundangan negara, dan ia legal untuk sesebuah jemaah islam..

cuba paham... ..

dan ketika ingin memperjuangkan islam bersama didalam jemaah islam, musuh islam ini banyak..termasuk umat islam sendiri... umat islam terdiri dari golongan munafik, dan fasik... mereka ini nama sahaja umat islam tetapi bermuka muka... .

antara anda hendak bersama kami, atau anda hendak memburukkan, menghalang kami... terpulang pada anda... .

diakhirat, semuanya Allah hitung... ..

maka perjuangan kita kepada hukum Allah, tetap juga akan dinilai oleh Allah... . ini lah amalan yang kita nak bawa mengadap depan Allah...

solat,puasa, haji zakat... ini dinilai... .tapi kalu kita tinggalkan masyarakat keluarga kita didalam huru hara, tanpa hukum Allah, dengan masyarakat berzina, tonggang arak, maksiat, buang anak, bunuh, rogol.. solat,puasa, haji, zakat, pahala ini akan disumbangkan kepada mereka pula... . maka akan rugi segala amal ibadat kita ... .

kat akhirat, ibu bapa, anak, isteri,keluarga,jiran, masayrakat ,kawan, akan menjadi musuh pada kita,kerana masing2 ingin menyelamatkan diri... ... . mereka ini akan dakwa kita... . minta pahala dari kita... abis pahala, dosa mereka pula kita pikul... .

kena paham perkara ini...

maka perjuangan ini, bukan perkara yang sia sia.. semua adalah bekalan kita... .ini lah makanan, air kita...

dan perjuangan islam ini lah yang melayakkan kita bersama dengan nabi muhammad... melayakkan kita menumpang air telaganya... jika tidak kita akan dihalau oleh malaikat jibrl... .
dan nabi tidak mengaku umat, pada mereka yang didunia, hanya perjuangkan bangsa... .

puasa sehari tak minum, kering tekak... .mampukah bertahan beribu tahun tanpa mendapat syafaat dari telaga air nabi... . kalu nabi tak mengaku umat, jangan harap dapat segetuk air telaganya... ...
kalu air telaga tak dapat minum, jangan mimpi masuk syurga...

apa yang menyebabkan nabi tak mengaku umat...perjuangkan bangsa, terkeluar dari umat nabi....

Allah beri panduan, banyak... nak memperjuangkan islam, mesti berjemaah... anda taknak ikut..anda nak ikut siapa?

orang kafir pun nak buat sesuatu berjemaah, anda nak berjuang sorang2... belum apa2 dah kalah...

wallahualam... .

Friday, October 1, 2010

Anda Kesian Atau Anda Sayang Pada Mereka?

sebagai umat islam, kita wajib beriman dengan Al quran dan mematuhi segala ajaran didalam Al quran..

didalam keadaan biasa, islam mewajibkan umatnya mengikuti segala perintah, kecuali beberapa sebab (darurat,peperangan,kelaparan,kemiskinan) <-- ini bab lain, kita tak bincang...

yang dibincangkan hanya diwaktu normal(tenang)... .

jika ada umat islam bercadang dan berkata, bahwa Hukum Al quran ini nampak sangat kejam, bagi dirinya, adalah lebih baik Hukum Yahudi, ataupun hukum kafir lebih releven pada situasi negara bermasyarakat majmuk... .

(soalan 1)
apa hukum pada orang yang mengubah Hukum Al quran tersebut kepada selain Al quran?
a) salah, b)berdosa c)berpahala d)keluar islam e)atau anda ada jawapan sendiri

jika ada umat islam mencadangkan bahwa, mengikut peredaran masa, adalah lebih baik memberi pekerjaan pada pencuri yang ditangkap kerana malas bekerja daripada menghukum mengunakan hukum Allah..

(soalan 2)
apa hukum pada orang yang ingin mengubah cara tersebut?
a) salah, b)berdosa c)berpahala d)keluar islam e)atau anda ada jawapan sendiri

(soalan 3)
dan orang yang mengubah cara tersebut, apa yang perlu kita buat?
a)menentang b)nasihat c)suruh dia belajar d)pulaukan e)atau anda ada jawapan sendiri

(soalan 4)
apa hukum pada mereka yang menyokong orang yang ingin mengubah Hukum Al quran diatas?
a)bersubahat b)berdosa c)tidak berilmu d)tidak beragama e)atau anda ada jawapan sendiri


cuba anda fikirkan cuba anda jawab, dan seelok2nya cuba anda berikan pandangan anda

Hukuman ISLAM, bagamana boleh jadi kafir?

Al-Baqarah-ayat 152 <--Allah suruh orang islam, mematuhi hukum, bukan kah kami orang pas sedang cuba mendaulatkan hukum islam..kamu pula menghalangnya(memberi kemenagan kepada umno untuk menghalang islam)
Al-Baqarah-ayat 208 <--Allah kata masuk kedalam islam semuanya, kamu pula ikut apa yang kamu suka saja..hudud kamu tentang..
Al-Maidah -ayat 50<--kita dah ada hukum islam,kenapa kamu masih mahu guna hukum jahiliah..
An-Nur-ayat 1<--Allah kata hukum hudud itu wajib, kamu nak kata apa? sebab allah kata dia itu bujaksana 24-18
Ar-Rum-ayat 26<--semua makhlik tunduk patut dengan hukum Allah, kamu bukan makhluk Allah kah?
An-Nisaa -ayat 61<--bukankah kamu sudah taat dan berhakimkan hukum kafir lord reid
Al-Anfal-ayat 21<--aku dah bagi kamu ayat al quran, konform lepas ini kamu tetap dengan umno...
Al-Maidah -ayat 47<--Allah dah berfirman didalam al quran, mereka yang menentang hudud,mereka orang fasik...
At-Taubah-ayat 56<--macam al quran kata, kamu kata kamu orang islam,tapi kamu lah yan kuat menentang islam,(robohkan surau masjid, halang ceramah agama, hina mufti,hina janggut nabi hina sunnah nabi) apa kamu tak perasan apa yang kamu lakukan sebelum ini...
At-Taubah-ayat 64<--bukan kah orang umno suka mengejek kalu ada dikalangan orang pas mengabarkan berita dari al quran(skit skit islam)
At-Taubah-ayat 84<--adakah kamu mahu kami tidak menyembahyangkan jenazah kamu

rujukkan tafsir
http://www.alquran-melayu.com/
http://www.alquran-melayu.com/1-al-fatihah/
-----------------------------------------------------
syarat menunaikan haji... .
salah satunya berkemampuan... .
maka mereka yang membuat pinjaman ,adalah mereka yan tidak bermampuan ... maka tidak cukup syarat dalam rukun haji... .

boleh bincang, beri pendapat anda

Majlis Fatwa Kata Tak Boleh, Dr Mashitah Kata Boleh
http://uk.youtube.com/watch?v=Wi059iyJhfg&NR=1...

Untuk umat Islam tetapi tidak releven pd Umno!!!!!

mari kita kumpulkan ayat2 al quran ataupun hadis2 yang hanya sesuai untuk umat islam tetapi tidak pada umno...

seperti contoh, umat islam dilarang menyembah tugu negara, dan apabila mereka menyembah tugu negara, mereka boleh terkeluar dari islam, tetapi jika orang umno yang melakukannya, ia tidak mengapa... .ia dibolehkan dan ia dihalalkan bagi orang umno...

kerana umno, walaupun melanggar hukum perintah Allah, mereka tetap masuk syurga, seperti yang mereka suka nyatakan... .tetapi jika umat islam selain umno, mereka akan jadi kafir... .


seperti contoh ayat dibawah..
sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.
(al quran 5:44)

ayat diatas,
pas jika tidak berhukum dengan hukum ALLAH, orang pas boleh jadi kafir,,,
pkr jika tidak berhukum dengan hukum ALLAH, pkr boleh kafir,
orang arab jika tidak berhukum dengan hukum ALLAH, orang arab boleh kafir...
tetapi
UMNO jika tidak berhukum dengan hukum ALLAH,UMNO TAKKAN KAFIR... UMNO TETAP ISLAM SAMPAI BILA2... BETUL TAK.


sebab itu yang umno kehendaki... .

mari kita carikan kumpulkan semua ayat yang hanya untuk umat islam TETAPI tidak pada umno... ..

Adakah Aku Akan Memeluk Islam?

ini satu persoalan untuk diri sendiri... ...

jika lah aku ini seorang yang dilahirkan kafir... .adakah aku akhirnya akan memeluk islam?

jika aku sudah dilahirkan didalam keluarga kafir yang hidup didalam kesenangan, kasih sayang, sanggup kah aku ini menolak semua itu semata mata kerana islam?

adakah sanggup aku berpisah dengan ibuku yang beragama lain, dan aku dibenci oleh ibuku kerana aku memeluk islam?

maka tanya pada diri kamu sekelian...
adakah kamu akan memeluk islam? jika kamu asalnya kafir...

apakah perbuatan yang membuatkan kamu yakin, kamu pasti memeluk islam walaupun kamu dilahirkan kafir... .
adakah perbuatan kamu selama ini, mencari islam... .
adakah terpesona dengan keindahan islam... .
adakan kamu mencari ilmu pengetahuan tentang islam..

mari kita lihat berapa kuat diri kita kerana islam... .

kita pentingkan islam, atau kita pentingkan perkara lain... .

mari bertanya pada diri sendiri dan mari beri pendapat...

jika kamu dilahirkan bangsa, cina atau india....

masa raya aku ada sembang2 sambil minum ngan abg aku ngan kakak aku...

kakak aku nih memang pentingkan bangsa laa...dia bukan tak cerdik, tapi memori blok... letih mencerita, letih bagi nasihat, bangsa juga dipentingnya...

dalam satu part yang aku minat nak citer, masa abg aku ceritakan kisahnya dengan kawan cina dia....

dia nih keja insurance.. dalam tempat dia, orang cina banyak...tapi orang cina senang ngan dia...walaupun dia keja insurance, mulut dia tak de insuran gak...

kalu cina nih, lepas keluar toilet, sajer jer dia tanya, "kencing tak basuh yee..."
disebabkan gurau, dan kebersihan, lama cina nih ikut gak kata abg aku tuh...

puasa pun kekadang cina nih ikut, walaupun depa puasa tak sah, puasa makan ja, tapi ada yang cuba puasa...kata cina tuh "saya kalu puasa, saya tak rasa lapar, tapi kalu saya tak puasa, sehari 4-5 kali ,mesti mau makan...."

oleh sebab depa nih tiada sifat perkauman, maka keluar lah dialog yang mencetus idea aku nak buat thread ini...

cina ini kata
"lu orang aa,  sangat sensetif ..apabila kita orang mintak camner u dapat, orang melayu marah...kita beli rumah, lebih mahal dari lu orang.. kita mau masuk iniversiti pun susah, biasiswa pun pun tak dapat...
lu orang pikir diri lu orang sahaja... lu orang ingat kita takde anak ka, tada cari makan ka, tada kerja ka....lu orang kira beruntung, lahir dalam bangsa yang ada keistimewaan...cuba kalu u orang lahir bangsa kita orang..
APA U RASA"

abg aku kata
"tak semua melayu begitu..pikir bangsa sendiri ja...."

so, pointnya, apa jadi pada kita, kalu kita dilahirkan dari bangsa selain melayu, yang tak dapat hak kita...

kalu aku bangsa cina, dah tentu aku perjuangkan bangsa cina gak...tak mungkin aku memperjuangkan bangsa melayu, dimana aku berjuang untuk mereka tapi aku sendiri  tak dapat apa apa...

orang cina, tak boleh masuk melayu....tapi orang cina , boleh peluk islam...
so kat sini, konteck memperjuangkan islam lebih releven dari memperjuangkan bangsa...

dengan memperjuangkan islam, semua yang beragama islam, boleh bersama kita....sebab islam, mengadili semuang bangsa, dan semua agama....

tapi untuk memperjuangkan bangsa melayu, melayu murtad, belum tentu bersama kamu...sebab melayu, tak mampu mengadili bangsanya sendiri dan  agama islam, apatahlagi, bangsa lain dan agama lain...

persoalannya....
kalu kamu bangsa selain melayu... adakah kamu memperjuangkan bangsa melayu?

pikir, jika kamu dilahirkan bangsa, cina atau india....

banyak lagi yang aku sembang,  banyak fakta, tentang AP, fakta tentang rasuah...
akhirnya kakak aku kata...

kalu gitu sokongla cina....biar bangsa dia naik, biar bangsa kita mundur...

aduss kata hati ku...pelik, kenapa dia tak paham....rupanya baru aku perasan...mental blok....semua fakta dan hujah, tak dapat dicerna olehnya....
dia mendengar, tapi dia tak tahu apa yang dia dengar.... dia melihat fakta, tapi dia  tak tahu apa guna fakta itu..

seperti orang yang...
belajar sifat Allah--mereka tahu Allah itu bijaksana, tidak perna lupa,
belajar perintah Allah--mereka tahu Allah perintahkan hukum hudud..
belajar hukum Allah--mereka tahu ,orang yang menolak hukum itu kafir..
belajar hukum bersubahat--mereka tahu, dosa orang yang bersubahat itu sama....
tapi akhirnya mereka tetap memilih hukum selain Allah dan menyokong orang yang menolak hukum...

ini dikatakan, belajar, tetapi tetap jahil....
adakah anda juga begitu?

Saturday, August 28, 2010

Al-Fatihah

[1]  Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[2]  Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

[3]  Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[4]  Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

[5]  Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

[6]  Tunjukilah kami jalan yang lurus.

[7]  Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...