Wednesday, May 18, 2011

jangan mencarut

Saidina Ali ketika dalam satu peperangan menjatuhkan lawannya dan hampir saja menusuk pedangnya ke tubuh lawan tetapi diludah ke mukanya oleh musuh itu.
Hebatnya manusia bernama Ali ini, peluang membunuh bukan persoalan lagi, kemarahannya dilonjak dengan ludahan musuh yang ternyata sudah hampir menemui ajal akibat tusukan pedang darinya sendiri, tetapi beliau batalkan niat membunuh musuh ketika itu.
Beliau bimbang keikhlasannya membunuh musuh bukan lagi kerana Allah tetapi kerana nafsu marahnya sendiri.


seringkali, kita membaca riwayat hebat ini, seringkali kita rasa sahabat nabi begitu hebat....tetapi hikmah didalam riwayat ini tidak pernah diambil sebagai pengajaran...kenapa? sebab tak faham...kemudian kita ingat, ini hanya berlaku ketika perang sahaja....bagi kita, kita akan jaga perkara ini jika ketika hanya waktu perang...

salah sebenarnya pentafsiran ini...


saidina ali asal niat nya berperang kerana Allah, tetapi setelah diludah ketika hendak membunuh lawannya, beliau membatalkan niatnya...ini disebabkan saidina ali tetap menjaga niat asalnya...sebab dirinya tahu, asal dirinya mencari pahala kerana Allah, bukan kerana lain,bukan mencari dosa, apatahlagi untuk maruah diri, bukan semua itu kecuali kerana Allah...

sekiranya jika kita pula berdepan dengan perkara ini, adakah kita akan melakukan perkara yang dilakukan saidina ali?


seringkali aku lihat, sahabat dari kalaangan PR, berjuang dan berdebat, demi untuk mendaulatkan Agama islam...asal niat sahabat sahabat sekelian memanglah memperjuangkan ISLAM, kerana Allah...tetapi setelah berdebat, rasa benci, meluat, meyampah dan sakit ati dari pihak lawan yang semakin jahil, akhirnya sahabat PR di fb mula beremosi...maka apabil emosi, mencarut, memaki dan kutukan dilamparkan pada pihak lawan...betul kah cara  kalian  sekelian...bukankan niat kalian  sudah berubah....lepas  mencarut, memaki dan kutukan, kalian terlupa akan amaran dan perintah Allah agar jangan  mencarut, memaki dan mengutuk musuh..ahh sudah, kita dah tak ubah macam orang jahil umno, kita pun dah macam depa,meninggalkan larangan Allah...apa beza kita ngan mereka, kalu kita pun macam mereka...

pikir balik, niat asal kalian  berdebat di FB..memperjuangkan Allah, tapi bila emosi,  mencarut, memaki dan mengutukan mereka pula.....mulanya kita dapat pahala, akhirnya kita pula dapat dosa...

silalah sedar tak akan hal ini....niat kalian sudah terpesong...memaki dan mencaci ini perjuangan islam lagi kah? .. kalian  sedia tahu akan hal ini kan...


cukup cukup lah memaki pihak jahil umno tuh... apa yang penting, berjuang kerana Allah, jangan maki, jangan mencarut.....jangan biarkan mereka mengubah niat asal kita....biar perjuangan kita kerana Allah...


walaubagaimana pun, mereka yang terkutuk terlaknat itu tetap tidak boleh dibela....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...