Lakonan ini kononnya telah diarahkan oleh MANTAN PM MALAYSIA (Tun Dr. Mahadhir Muhammad) dalam rangka untuk menghadapi PAS dalam debat sebenar (atas cabaran UMNO sendiri). Tujuannya adalah mahu melihat sendiri sejauh mana kemampuan pihak UMNO dalam menghadapi debat tersebut.
Debat telah diadakan disatu tempat yang tidak diketahui (rahsia) dan orang-orang tertentu sahaja yang dibenarkan hadir menyaksikannya. Entah macamana (dengan Izin Allah SWT jua) selang beberapa hari video tersebut telah disibarkan dan dijual dipasaran secara terbuka. Orang yang bertanggung jawab merakam dan seterusnya menyibarkannya tetap tidak diketahui sampai sekarang. Bagaikan goreng pisang panas CD/VCD tersebut laris dipasaran dari Perlis hingga ke Sabah.
Apabila CD/VCD tersebut hangat diperkatakan dimerata tempat sudah tentu pengarahnya menyirap darah sampai tak boleh tidur. Akhirnya perkara ini dengan sendirinya mewarnai mediamassa ketika itu apabila Pengerusi Debat (Datuk Abd. Hamid Othman) membuat kenyataan bahawa CD/VCD tersebut telah diedit oleh pihak-pihak tertentu (menuduh pembangkang) sebelum ianya dikeluarkan secara rasmi oleh kerajaan. Beliau juga memberi jaminan (janji) akan mengeluarkan CD/VCD yang asal (belum diedit) secepat mungkin sambil memberi amaran kepada rakyat supaya jangan mempercayai CD/VCD yang sudah diedit/sunting itu.
Bulan demi bulan, tahun demi tahun sehinggalah sekarang CD/VCD yang dikatakaan ori itu tidak juga kunjung tiba. Mereka nampaknya sudah menganggap rakyat sudah lupa dan mengharapkannya menjadi memori yang lapok dalam ingatan rakyat apabila mereka menang lagi dalam PRU. “Melayu Mudah Lupa” itulah sebuah sajak paling popular yang didiklamasikan oleh seorang ketua negara. Setiap hari dan masa sajak ini akan berkumandang samada melalui corong radio ataupun kaca TV milik kerajaan. Kononnya melayu sudah lupa akan segala isu (Melayu mungkin – Muslim mungkin tidak) yang hangat selama ini.

No comments:
Post a Comment