Tuesday, October 11, 2011

tahukah anda, umno menghina ulamak dunia

umno kata pas sesat...
Prof Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan : “Diantara perkara yang berhak dihukum kafir tanpa keraguan ialah pemerintah-pemerintah sekular dan pendokong-pendokong parti sekular yang secara terang-terangan menolak syariat Allah swt dan melaungkan pemisahan negara daripada agama. Apabila diajak kepada hukum Allah swt, mereka enggan dan ingkar. Lebih dasyat daripada itu mereka bertindak melakukan keganasan keatas orang-orang yang menyeru supaya berhukum dengan syariat Islam atau kembali kepada Islam.”

kenyataan ulamak dunia pun sesat ke?
so sedar lah diri umno woi..

  
 
umno kata, hukum Allah tak realiti..
Didalam kitab Fi Zhilalil Quran, Sayyid Qutub menyatakan : “Sesiapa pun tidak berhak membuat undang-undang yang lain kecuali Allah swt. Sesiapa yang cuba melakukan perkara demikian, maka ia telah mencabar ketuhanan atau Uluhiyyah Allah swt yang paling utama. Mana-mana individu, pertubuhan dan negara yang mencabar Uluhiyyah Allah swt tersebut, maka ia telah terang-terangan kufur kepada Allah swt dan perkara ini termasuk ke dalam al-Ma’lum min al-Din bi al-Dhorurah.”

aik, umno ker yang layak menentukan hukum Allah itu realiti atau tidak?
 
 Didalam kitab al-Nizhom al-Siyasi fil Islam, Dr. Muhammad Abdul Qodir Abu Faris menyatakan : “Wajib keatas setiap Muslim menggunakan undang-undang Allah swt dan haram sama sekali berhukum dengan undang-undang ciptaan manusia. Sesiapa yang menolak hukum Allah adalah kafir manakala sesiapa yang m'ggunakan undang-undang ciptaan manusia dengan keinginan dan redha, maka ia juga dikira kafir bahkan mereka hendaklah dikenakan hukuman bunuh sebagaimana yang dilakukan oleh Saidina Umar ra.”
Didalam kitab al-Islam wa awdha’ana al-Qanuniah, Ustaz Abdul Qadir ‘Audah ada menyatakan : “Sesiapa yang menolak hukum Allah atau menegakkan hukum yang lain, maka ia dikira kafir dan tidak ada walau sebesar zarah akan keislaman didalam hati mereka, walaupun mereka dinamakan dengan nama-nama Islam dan mendakwa bahawa mereka adalah muslim.” 

Didalam kitab Tafsir Ibn Kathir menyatakan : “Sesiapa yang meninggalkan undang-undang yang dibawa oleh Rasulullah saw dan berhukum dengan undang-undang yang lain, maka ia telah kufur kepada Allah swt. Bagaimana pula hukum mereka yang menggunakan undang-undang ciptaan manusia yang terdapat dalam kitab Ilyasa’? Mereka juga kufur kepada Allah swt secara Ijma’.”
 dengar tuh umno..wajib..apa lagi alasan korang..apasal degil sangat...ulamak dunia pun berkata demikian, apa ingat ulamak PAS sahaja kah yang berkata demikian...sedar diri ye umno..
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...