Monday, October 10, 2011

tahukah anda, perbezaan pas dan umno

apa sahaja yang pas buat, semua dilihat umno sebagai perkara jahat, dan apa sahaja perkara jahat yang umno buat, semua dilihat umno sebagai baik...
Bisikan Syaitan
Manakala  bisikan syaitan itu ialah bisikan yang mengandungi kemungkaran dan kemaksiatan. Bisikannya hanya untuk menyesatkan manusia dari mengabdikan diri semata-mata kepada Allah s.w.t. Hubungannya bukan mengharapkan balasan akhirat, tetapi inginkan tipu daya keduniaan.
Malah, kepada si pelakunya, semakin ia melakukan perbuatan tersebut, semakin jauh hubungan kamu dengan Allah, dan semakin suka untuk melakukan kemaksiatan dan kemungkaran. Dia akan semakin jauh, semakin lupa kepada Allah. Berbangga diri, riak, dan angkuh dengan apa yang ada. Tidak suka akan teguran demi kebaikan dirinya, dan berbangga dengan apa yang telah dilkukannya.
Bisikan syaitan itu datang dengan pelbagai cara, sama ada perkara baik mahupun buruk. Perkara buruk sememangnya diketahui ramai sehingga merosakkan iman dan amal. Tetapi, perkara baik dalam bisikan syaitan ramai tidak menyedarinya.

Bila syaitan menguasai kita untuk lupa kepada Allah sudah tentulah kita akan melakukan perkara-perkara yang Allah tak suka. Dosa dan maksiat merupakan sebab terbesar terputusnya hati dari Allah.
Selagi bergelar anak adam...kita akan sentiasa diburu dalam pelbagai bentuk.
Bagi manusia yang lemah imannya senangla kerja diorang nak hasut kita untuk terus melakukan sama ada perkara-perkara jahiliyyah mahupun perkara-perkara mungkar.
Tapi bila kita dah buat baik, syaitan akan menimbulkan rasa berpuas hati terhadap diri sendiri dimana kadang-kadang akan lahirnya sifat riak, ujub dan sebagainya. Sudah semestinya sifat-sifat mazmumah ini akan mengundang kemurkaan Allah.
Maka kita harus berjaga –jaga kerana mereka adalah musuh ketat kita.

Firman Allah yang bermaksud:


”Sungguh, Syaitan itu musuh bagimu, maka perlakukanlah ia sebagai musuh, kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya agar menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala” [Surah Fatir:6]

Tidak dinafikan makhluk terkutuk ini sungguh berdedikasi dalam menjalankan tugas bagi melalaikan manusia…mereka tidak kenal erti putus asa bagi menjauhkan kita dari Yang Maha Esa dan mendekatkan kita dgn perkara lagha. Perkara-perkara seperti inilah yang melemahkan iman.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...