Monday, October 10, 2011
Tahukah anda, umno halalkan pembaziran
Biarkan Mahadhir mudah lupa tetapi tidak kita!
Mat Indra, cukai 6 peratus sekarang menjadi bahan yang begitu kita untuk kita menembak umno. Tetapi bagi aku, peluru itu sebenarnya adalah datang daripada Umno sendiri dan mereka kebal dan kalis peluru kepada peluru itu. Walaupun kelihatan mereka seakan-akan mengelupar menahan kesakitan ditembak kita, namun suasana sebenarnya tidak. Mereka bergelak tawa riang kerana kita sedang menari mengikut rentaknya. Sehingga kita terlupa bahawa sebenarnya kita mempunyai peluru yang lagi hebat. Mungkin kata keramat Mahadhir Melayu "mudah lupa" hampir menyerap masuk ke dalam jiwa-jiwa orang kita.
Kita jangan biarkan kata-kata keramat Mat Maidey itu berjaya, kita pusing balik dan dengan peluru yang disediakan Umno ini juga kita akan menembaknay dan dengan peluru kita yang sebelum ini juga kita terus menembak.
Antara peluru kita, isu cincin 24 juta, warganegara ekspress, Skandal Scorpene, Bercuti Di Luar Negara Pada Hari Kebangsaan, dan bermacam lagi isu daripada golongan gila ini yang menyebabkan rakyat "makan pasir"
Masa isu cincin 24 juta adakah kita melihat cik big mama atau mana-mana kaki pengampu membela big mama itu. Mereka hanya diam. Dan mungkin kerana mereka diam kita merasa tidak syok "BERPERANG" maka kita senyap. Sedang isu itulah yang mungkin menyebab mereka tidak tidur lena namun kerana pada pandangan mata aksar kita tidak melihat mereka mengelupar kesakitan maka kita henti menembak menggunakan peluru itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment